Tuesday, December 15, 2009

Alumni

Salam.
Kepada semua rakan-rakan sama ada dari SK Relau, B.Baharu Kedah (1975 hingga 1980), SMK Tun Syed Sheh Barakbah Sg Bakap (1981 hingga 1985) atau M4P sesi 87/89 boleh menghubungi saya di rosnahnzalie@yahoo.com./ rosnahnzali@gmail.com. Semuga persahabatan dan persaudaraan kita dapat disambungkan.

Sunday, December 13, 2009

Selamat Bercuti.

Untuk semua rakan-rakan guru dan pelajar,
Selamat bercuti panjang saya ucapkan. Sempena cuti panjang ni, gunakanlah masa tu dengan sebaik-baiknya. Jangan lupa jaga keselamatan diri, keluarga dan jiran tetangga. Kalau nak makan angin tu, pastikan rumah yang nak kita tinggal tu benar-benar selamat. Pastikan pintu berkunci dengan baik. Jangan lupa tinggal pesan kepada jiran sebelah rumah untuk tengok-tengokkan rumah kita. Manalah tahu, semasa kita dok sibuk bercuti, pencuri pula bermaharaja lela di rumah kita. Apa pun 'Selamat Bercuti' dan jangan lupa jaga diri baik-baik.