Sunday, November 2, 2014

Amway

Genap setahun menjadi pengedar 'Amway', malam 29 Oktober 2014, layak menerima anugerah pencapaian terbaik 15% bertempat di SP Inn Sg Petani.  Dapat pin...Terima kasih Amway...

Idul Adha

Dalam kesibukan  menyambut Aidul Adha, sempat juga bergambar sebagai kenang-kenangan

Hari Malaysia Vs Reunion M4P

Tanggal 16 September 2014, setelah hampir setahun berhubung di alam maya (whatsapp, fb dan telegram) akhirnya persetujuan dibuat.  Rumah Bakti Nursyaheera yang diterajui oleh rakan kami di M4P, menjadi tempat berkumpul dan melepaskan rindu setelah hampir 24 tahun terpisah.  Semua hiba, sedih bercampur gembira.  Pertemuan yang bersejarah.  Kini, masing-masing bersama keluarga.  Alhamdulillah, semuga ada lagi perjumpaan kedua, ketiga dan seterusnya...

Thursday, September 18, 2014

Majlis Perkahwinan Adik Bongsu

Tanggal 30 Ogos 2014, Majlis Perkahwinan adik bongsu suamiku telah diadakan di rumah bonda mertua di Kg Tasek Chempedak Simpang Ampat.  Meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.  Syukur..

Pasangan pengantin Muhammad Suhaizi dan Nurul Nabilah

Lawatan Penanda Aras

Lawatan Penanda Aras

Bersama guru-guru SK Laguna Merbok, mengadakan Lawatan Penanda Aras ke SK Convent Tanah Rata pada 22 Ogos 2014.  Sambutan yang diberikan amat baik.  Hebat...SK Convent yang telah mendapat anugerah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2013.  Tahniah kepada Guru besar, En Norzihan bin Rijaludin, guru-guru, staf dan murid-murid SK Convent Tanah Rata Cameron Highlands.

Di atas bas rombongan

Breakfast di R&R Juru

Makan tengah hari di SK Convent Tanah Rata

Lawatan sekitar SK Convent

Prasekolah...

Bersama GB SK Convent 


Majlis menandatangani sijil Jaringan Kerjasama





Bergambar bersama GB SK Convent

Bersantai di Cactus Valley Cameron Highlands

Ladang teh...


Thursday, January 9, 2014

Bertukar lagi..

Jam 1.20 petang.  Sedang asyik bersembang dengan GB Pn Rahimah dari SK Kota Kuala Muda yang baru 2 hari melapor diri di SK Tunku Ismail, sedang masing-masing bersuai kenal...tiba-tiba GB mendapat satu panggilan telefon. Beliau memaklumkan bahawa PPD menelefon agar aku ke PPD untuk mengambil memo hari yang sama pukul 3.00 petang  Jantungku berdegup kencang..aduh..ke mana pula kali ni.. Teka-teki terjawab apabila memo sampai di tangan.  SK Laguna Merbok..sekolah baru..Tanggal 5 Januari 2014, aku melapor diri ke sekolah baru.  Walau apa pun, aku bersyukur kerana jarak dari rumah ke sekolah baru lebih dekat.  Dengan tanggung jawab yang lebih berat akan ku galas dengan sempurna.  Terima kasih Allah..