Thursday, January 9, 2014

Bertukar lagi..

Jam 1.20 petang.  Sedang asyik bersembang dengan GB Pn Rahimah dari SK Kota Kuala Muda yang baru 2 hari melapor diri di SK Tunku Ismail, sedang masing-masing bersuai kenal...tiba-tiba GB mendapat satu panggilan telefon. Beliau memaklumkan bahawa PPD menelefon agar aku ke PPD untuk mengambil memo hari yang sama pukul 3.00 petang  Jantungku berdegup kencang..aduh..ke mana pula kali ni.. Teka-teki terjawab apabila memo sampai di tangan.  SK Laguna Merbok..sekolah baru..Tanggal 5 Januari 2014, aku melapor diri ke sekolah baru.  Walau apa pun, aku bersyukur kerana jarak dari rumah ke sekolah baru lebih dekat.  Dengan tanggung jawab yang lebih berat akan ku galas dengan sempurna.  Terima kasih Allah..