Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru '2011'

'Cenderahati' untuk semua guru

Guru Besar bersama semua guru bersedia diarak masuk ke dataran perhimpunan

Pasukan Kompang sekolah mengiring guru berarak masuk ke sekolah

Cikgu Marzuki, Penolong Kanan Kokurikulum mengiringi YDP PIBG.







Johan 'Gubahan Nenas' oleh Puan Baha

Pertandingan mengupas nenas

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Friday, May 6, 2011

Cemerlang 'PMR 2010'




Tiada apa yang dapat diucap apabila anak-anak berjaya. Hanya doa dan iringan kata nasihat yang dapat mengiringi kejayaan. Harapan semuga lebih cemerlang pada masa depan Tahniah untuk anakanda Muhammad Nurikmal bin Norsazali. Pencapaian cemerlang PMR.

Melawat Istana Anak Bukit






Khamis 5 Mei 2011, Pn Hamidah, Pn Haslita dan Cik Nur Fathilah bersama rombongan sekolah seramai 39 orang murid berpeluang melawat ke Istana Anak Bukit Alor Setar. Tak sangka petugas istana begitu mesra melayan kami semua. Sempat melawat di sekitar istana terutama 'mini zoo' yang penuh dengan pelbagai jenis binatang peliharaan.

Sunday, May 1, 2011

Minggu Kesedaran Alam Sekitar



Satu sesi taklimat dan pameran mengenai kepentingan menjaga alam sekitan dan pertandingan mewarna(murid tahun 1,2 dan 3) telah diadakan sempena 'Minggu Kesedaran Alam Sekitar' dengan kerjasama pihak S&O Electronic (M) Sdn Bhd dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah.
Bukan mudah untuk mengekalkan persekitaran yang bersih tanpa kerjasama semua pihak. Marilah kita sama-sama menjaga persekitaran untuk masa depan generasi akan datang