Sunday, March 14, 2010

Kesihatan mesti diutamakan

Fakta Gula

APAKAH GULA?

* Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh.

* Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan, dalam bentuk fruktosa, dan susu, dalam bentuk laktosa.

* Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yang dikenali sebagai gula tambahan atau free sugar.

TIPS MENGURANGKAN GULA
1. Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial.

2. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

3. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

4. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.

5. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

6. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

7. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.

8. Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman.

9. Periksa kandungan gula dalam label minuman.

10. Elak mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur

No comments:

Post a Comment