Thursday, March 18, 2010

Tokoh Seni

‘Redza Piyadasa’ dilahirkan pada tahun 1939 di Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Abdullah, Kuantan dari tahun 1945 hingga 1956. Beliau menerima anugerah Cambridge Overseas School Certificate (Grade One) dalam tahun 1957. Beliau menyambung pelajaran di Malayan teachers’ College, Brinsford Lodge, England dari tahun 1958 hingga 1959 dan menerima ‘Certificate in Education’ dari Institute of Education, University of Birmingham, England.
Pengajiannya diteruskan di Hornsey College of Art, London, England dari tahun 1963 hingga 1967 sehingga dianugerahkan Diploma in Art and Design (UK). Beliau kemudiannya menjalani ‘Post Graduate Studies’ dari tahun 1975 hingga 1977 di Art Department of University Hawaii, Honolulu.
Selain dari itu, Piyadasa juga merupakan Graduate-Student Participant Culture Learning Institute, East-West Centre, Honolulu dari tahun 1975 hingga 1977 yang akhirnya membawa anugerah Graduate Certificate of the East-West Centre. Antara pencapaian tertinggi beliau adalah menerima anugerah ‘Prince Clause Award’ pada tahun 1998. Pada tahun 60an dan 70an, Redza Piyadasa bertanggungjawab mengisi suatu kelompongan seni yang serius, tatkala di waktu itu hampir tiada perdebatan tentang subjek sejarah atau kritikan seni di Malaysia. Sumbangan besar beliau di dalam bidang tersebut sememangnya membawa kesan yang besar di dalam persejarahan seni tanahair. Melalui penulisan-penulisan beliau mahu pun karya-karya seni tampaknya, Piyadasa meneliti konteks kesenian serta hubungkaitnya untuk pengstrukturan semula tradisi serta nilai seni.

No comments:

Post a Comment